
Pada 10 Disember 2024 baru-baru ini, Unit Integriti telah menganjurkan program Hari Mesra Integriti – iRACE 2024 di perkarangan Menara Cyber Axis. Program ini berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disertai oleh pelbagai jabatan termasuk wakil dari jabatan MySEF sendiri seramai 13 orang. Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan integriti dan meningkatkan pemahaman terhadap ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS).
ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) ialah panduan untuk organisasi mencegah dan menangani rasuah. Ia memastikan ada polisi anti-rasuah, sokongan pemimpin, kawalan risiko, latihan, saluran pelaporan, dan patuh undang-undang untuk melindungi reputasi dan kurangkan risiko rasuah. CSM telahpun mula memupuk kesedaran terhadap ABMS ini sejak tahun 2018 lagi.
Pada tahun ini, pendekatan baharu telah digunakan oleh Unit Integriti. Pendekatan baharu melalui aktiviti berbentuk permainan ini menambahkan elemen interaktif dan menyeronokkan, sekaligus membezakan program ini dengan program-program integriti yang pernah diadakan sebelum ini. Selain meningkatkan pengetahuan, aktiviti ini turut membantu membina semangat berpasukan dan mengeratkan hubungan antara peserta daripada pelbagai jabatan di CSM.
PERMAINAN DAN KUIZ
Setiap permainan diadakan di lokasi berbeza dalam Menara Cyber Axis, dan setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan berdasarkan klu yang diterima untuk bergerak ke lokasi seterusnya. Tugasan yang diberikan dirancang dengan elemen yang mencabar tetapi menyeronokkan, bertujuan untuk menguji pengetahun terhadap ABMS, kreativiti dan kerjasama kumpulan.
Berikut adalah lokasi dan aktiviti permainan:
• Staff Recharge Centre (SRC) – Susun Domino, menguji kesabaran, kerjasama dan ketelitian staf.
• Mahogani – Baling bola pingpong, menguji fokus dan ketepatan.
• Cyber Solution (CS) Department – Imbang belon & kutip bola pingpong, memerlukan koordinasi yang baik.
• Bilik Media – Tayangan video integriti, meningkatkan kesedaran melalui tontonan video pendek dan mengenalpasti salahlaku serta akta yang terlibat dalam tanyangan video tersebut
• IEC – Susun blok dengan mata ditutup, melatih komunikasi dan kepercayaan antara ahli kumpulan.
• Meranti – Kenalpasti maklumat rasuah, menguji pengetahuan peserta tentang isu rasuah.
• Keruing – Melukis klu berdasarkan istilah yang digunapakai dalam ABMS
• Dewan MPH – Hexagon Tangram Puzzle, memerlukan kreativiti dan strategi berkumpulan.




KEPUTUSAN
Senarai pemenang adalah seperti berikut:
• Tempat Pertama: Kumpulan 6
• Tempat Kedua: Kumpulan 11
• Tempat Ketiga: Kumpulan 4
• Kumpulan Sorak Terbaik: Kumpulan 3
• Pemenang Kuiz Hatta Hash (hadiah penginapan)


KESIMPULAN
Penyertaan dalam iRACE 2024 memberi peluang kepada staf CSM untuk memahami ABMS dan integriti dengan lebih mendalam melalui pendekatan yang kreatif dan praktikal. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga berjaya menyampaikan mesej penting tentang kepentingan integriti dan pencegahan rasuah dalam organisasi.
Semoga program seperti ini diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan lebih ramai warga CSM khususnya dari jabatan MySEF sendiri agar mesej integriti dapat disebarkan dengan lebih meluas. Tahniah kepada kumpulan yang berjaya!
