Pada 23-25 Ogos 2023, atas jemputan daripada Jabatan Digital Forensik CyberSecurity Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kami diberi peluang untuk menjalankan audit luaran di Royal Malaysia Police Forensic Laboratory (RMPFL-PDRM). Audit ini dijalankan secara fizikal di Makmal Forensik Digital, PDRM Cheras.
Juruaudit diketuai oleh En. Mohd Khairani Othman daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, manakala juruaudit dalaman yang lain terdiri daripada Pn. Zarina Musa, Pn. Noor Asyikin Zulkifli dan Pn. Azatulsheera Mohd Azman daripada CyberSecurity Malaysia. Kami berkesempatan melakukan audit di atas kerjasama staf di jabatan RMPFL diketuai oleh Pengurus Kualiti, Supt. Iskarnor Abd Karim dan Insp. Zaridzaton Zainal selaku RMPFL ISO Koordinator.
Sepanjang audit dijalankan, kami berpeluang meninjau makmal forensik baharu di RMPFL. Kami amatlah berbesar hati kerana diberikan peluang ini. Kami juga amat kagum dengan peralatan untuk menjalankan ujikaji di makmal digital forensik yang berteknologi tinggi disamping kepakaran staf-staf di RMPFL.
Terima kasih
– Sheera, Zarina Musa & Syikin